SmartPenjaja@MBIP
Soalan Selalu Ditanya
Berikut adalah antara soalan yang sering ditanya oleh pemohon dan orang awam.
1. Kawasan mana sesuai untuk saya berniaga?
Boleh semak dalam senarai penempatan penjaja.
2. Kenapa kena mohon lesen penjaja?
MBIP ada menyediakan pelbagai bantuan kepada penjaja berlesen. Antaranya adalah khemah, bantuan bencana dan geran insentif Bantuan Usahawan Mikro kerajaan pusat.
3. Berapa harga lesen penjaja?
Kadar lesen penjaja adalah RM 300 untuk tempoh 6 bulan.
4. Boleh bukak khemah?
Boleh. Hanya 1 khemah dibenarkan untuk 1 lesen penjaja. Dasar MBIP membenarkan penggunaan khemah bersaiz tidak lebih 10' x 10'
5. Barang boleh tinggal?
Tidak dibenarkan meninggalkan barang perniagaan selepas selesai perniagaan dijalankan. Sampah juga perlu dibersihkan dan dibuang di tempat pembuangan sampah.
6. Tong sampah MBIP sediakan tak?
Tidak. Penjaja perlu menguruskan sendiri sampah di tempat perniagaan.
7. Boleh tak MBIP cucikan stall kitorang?
Penjaja bertanggungjawab sepenuhnya di atas kebersihan gerai perniagaan masing-masing.